Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sokong usul Umno, wakil rakyat DAP letak jawatan parti
Diterbitkan:  Nov 25, 2015 1:00 PM
Dikemaskini: 5:14 AM

ADUN Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang mengundi menyokong usul Umno menuntut lebih ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam urusan projek penambakan laut di Pulau Pinang tetapi kemudian memohon maaf, telah melepaskan semua jawatan parti.

Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying berkata, Teh melepaskan jawatan setiausaha penganjur berkuatkuasa hari ini.

"Peletakan jawatan melalui e-mel itu dialamatkan kepada Pengerusi Dap negeri Chow Kon Yeow dan setiausaha," kata Lim.

Dalam surat peletakan jawatannya, Teh memaklumkan bahawa beliau telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya kerana mengundi menyokong usul Umno pada sidang DUN Pulau Pinang pada 20 November lalu.

Usul mengenai penambakan laut itu difailkan oleh Muhammad Farid Saad (BN - Pulau Betong) yang mahu kerajaan negeri menjalankan kajian menyeluruh, mengadakan rundingan awam, dan membatalkan projek-projek baru yang belum diluluskan dan tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Lima wakil rakyat PKR berkecuali semasa pengundian usul itu yang menyebabkan Ketua Menteri Lim Guan Eng menuduh ada pihak yang sedang merancang untuk merampas jawatan timbalan ketua menteri itu yang dikhususkan kepada parti itu.

Lihat Komen
ADS