Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mencabar National Feedlot Corporation (NFC) supaya mendedahkan minit mesyurat ahli lembaga pengarah dan mesyuarat agung tahunan (AGM) yang memberi kelulusan retrospektif berhubung pembelian dua kondominium mewah pada tahun 2009.

Ini berikutan kenyataan Pengerusi Ekksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, semalam bahawa AGM diadakan untuk membolehkan lembaga pengarah NFC memindahkan dana kepada National Meat and Livestock Corporation (NMLC) untuk pembelian hartanah.

Menurut Salleh, pemindahan itu diluluskan pada 23 Disember 2009. Bagaimanapun, Rafizi mendakwa dana untuk membeli kondo berkenaan dibayar pada 2 Disember secara terus kepada pemaju hartanah berkenaan.

“Apabila empat pemindahan wang dibuat untuk membayar kondominium itu pada 2 Disember 2009, NMLC masih sebuah syarikat yang tidak mempunyai hubungan dengan NFC.

"Oleh itu, saya cabar NFC untuk mendedahkan semua minit mesyuarat lembaga pengarah dan mesyuarat agung tahunan (AGM).

“Orang ramai perlu diberikan hak untuk melihat sendiri bagaimana proses membuat keputusan NMLC menjadi anak syarikat selepas dana itu dipindahkan tanpa kebenaran,” kata Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan beliau daripada dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan dua pertuduhan berkaitan menggunakan dana syarikat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen