PAC asak bekas bos 1MDB 4 jam, siasatan belum selesai

   

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini mengasak bekas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi selama empat jam tetapi masih belum selesai menyoalnya.

"PAC hari ini mendengar keterangan dari Shahrol mengenai pentadbiran 1MDB bermula apabila ia bermula sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) pada tahun 2009 sehingga bertukar menjadi 1MDB pada September 2009.

"PAC juga mendengar penjelasan Shahrol ini berhubung penubuhan kerjasama 1MDB-PetroSaudi.

"Siasatan terhadap 1MDB perlu menyeluruh dengan memanggil semua saksi bagi memastikan laporan jawatankuasa adalah telus, menyeluruh serta adil," kata pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau hari ini mempengerusikan mesyuarat PAC berhubung prosiding keempat Pengurusan Kawalan Tadbir Urus 1MDB di Parlimen.

Katanya, jawatankuasa itu juga memaklumkan kepada Shahrol untuk tampil di hadapan mereka sekali lagi pada Isnin ini.

"Dia akan datang semula pada hari Isnin pada pukul 10.30 pagi," kata seorang pembantu Hasan kepada media di Parlimen.

Sidang akhbar mengenai mesyuarat PAC dengan Shahrol hanya akan diadakan selepas sesi kedua.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In