Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peserta Regatta cedera kapal layar berlanggar
Diterbitkan:  Nov 25, 2015 5:13 PM
Dikemaskini: 9:14 AM

Seorang peserta Regatta Piala Raja dari Filipina cedera di bahagian tulang belakang dan leher selepas kapal layarnya berlanggar dengan kapal layar peserta lain semasa kejohanan itu berlangsung di perairan Pulau Pinang di George Town hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu berlaku ketika pertandingan itu sedang berlangsung di kawasan empat batu nautika dari Straits Quay Marina, Tanjong Tokong.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.05 petang dan jentera pertama tiba di kawasan Straits Quay Marina kira-kira sembilan minit kemudian.

"Pasukan bomba mendapat bantuan daripada Polis Marin dan komander operasi bersama tiga anggota bomba menaiki bot Polis Marin ke lokasi berlakunya pelanggaran iaitu kira-kira empat batu nautika Straits Quay Marina.

"Sebaik tiba di lokasi kami mendapati terdapat pelanggaran antara kapal layar yang menyertai pertandingan berkenaan dan seorang peserta lelaki, Villena Mark Elison mengalami kecederaan serius," katanya hari ini.

Menurut PGO pemeriksaan awal pasukan perubatan mendapati peserta itu mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang, leher serta luka di kaki dan memerlukan rawatan segera.

Katanya rawatan awal diberi kepada mangsa semasa dia berada di atas kapal layarnya sebelum lelaki berkenaan dipindahkan ke atas bot Polis Marin dan dibawa ke Straits Quay Marina.

Mangsa yang berusia 30-an itu terus dihantar ke Hospital Pulau Pinang sebaik tiba di darat bagi menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

- Bernama

Lihat Komen
ADS