Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rusia, Turki enggan beralah isu tembak jatuh jet pejuang
Diterbitkan:  Nov 26, 2015 10:15 AM
Dikemaskini: 2:21 AM

Rusia menghantar sistem peluru berpandu canggih ke Syria semalam untuk melindungi jet pejuangnya yang beroperasi di sana, sambil menegaskan bahawa tentera udaranya akan meneruskan misi penerbangan dekat ruang udara Turki, walaupun selepas Turki menembak jatuh sebuah jet pejuang Rusia.

Ekoran itu, tentera Rusia melancarkan pengeboman ke atas kawasan yang dikuasai pemberontak di Latakia semalam, berhampiran tempat jet itu tembak jatuh, demikian menurut kumpulan pemberontak dan pemantauan.

Amerika Syarikat dan Eropah mahu semua pihak bertenang dan meneruskan dialog melalui perbualan telefon dengan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov - ekoran kebimbangan antarabangsa terhadap prospek sebarang peningkatan ketegangan antara bekas musuh Perang Dingin itu.

Penembakan jatuh jet itu Selasa lalu adalah salah satu pertembungan serius antara negara anggota NATO itu dengan Rusia sejak setengah abad lalu dan merumitkan lagi usaha antarabangsa dalam berdepan dengan militan Negara Islam di Syria.

Presiden Tayyip Erdogan tidak membuat sebarang permohonan maaf, dengan berkata negaranya hanya mempertahankan keselamatan sendiri dan "hak saudara kami di Syria". Beliau dengan jelas menegaskan bahawa dasar Turki itu tidak akan berubah.

Pegawai-pegawai Rusia menyuarakan kemarahannya terhadap tindakan Turki itu, dan berkata langkah tindak balas berkemungkinan termasuk membendung perjalanan pelancong Rusia ke pusat peranginan Turki dan beberapa sekatan perdagangan.

Menteri Luar Rusia Lavrov menyifatkannya sebagai satu tindakan yang dirancang dan berkata ia akan menjejaskan usaha mencari penyelesaian politik di Syria. Moscow, katanya, akan "menimbang semula secara serius" hubungannya dengan Ankara.

Jet pejuang yang dipercayai milik Rusia juga menggempur depot trak yang sedang menunggu untuk melalui lintasan utama Bab al-Salam, yang dikuasai pemberontak yang bersempadan dengan Turki.

Jet Syria telah menggempur kawasan itu sebelum ini, tetapi jika disahkan ia dilakukan oleh jet Rusia, maka ia merupakan serangan udara Moscow yang paling dekat di kawasan Turki, yang menyasarkan koridor kemanusiaan ke kawasan yang dikuasai pemberontak Syria dan talian hayat untuk rakyat biasa Syria biasa yang menyeberangi ke Turki.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS