Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PARLIMEN l Kementerian Komunikasi dan Multimedia mungkin mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengkaji potensi ancaman navigasi GPS seperti Waze dan Peta Google terhadap negara.

Ini adalah selepas dua ahli parlimen BN terus menimbulkan kebimbangan bahawa aplikasi berkenaan boleh digunakan untuk membocorkan maklumat sensitif, walaupun Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari menafikannya.

“Rakyat Malaysia amat bergantung kepada Peta Google dan Waze bagi tujuan pencarian lokasi dan secara tidak langsgung maklumat berkaitan Malaysia telah dibekalkan kepada pihak luar seperti Amerika Syarikat dan Israel serta boleh membawa ancaman anasir luar.

“Apakah telah ada usaha kerajaan untuk menangani permasalahan ini," soal Raime Unggi (BN-Tenom) pada sesi soal jawab.

Beliau disokong oleh Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang berkata soalan Raime adalah penting untuk "memastikan keselamatan negara."

“Kalau YB semua rasa ini perlu ditangani, saya percaya wajar MKN melihat perkara ni secara keseluruhan," kata Jailani.

Terdahulu, timbalan menteri itu berulang kali memaklumkan bahawa penggunaan Waze dan Peta Google tidak menjadi satu kesalahan, dan sebarang penghantaran data adalah tertakluk kepada dasar peribadi antara pengguna dengan Waze atau Google.

Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Jailani menolak kebimbangan bahawa Amerika Syarikat sedang memantau keadaan trafik di Malaysia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS