Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Meskipun ekonomi global tidak menentu ekoran kejatuhan harga minyak mentah dan kemerosotan nilai ringgit, namun kerajaan tetap akan terus membina rumah mampu.

Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat seharusnya memberi sokongan kepada parti pemerintah yang berupaya melaksanakan tanggungjawab membina rumah mampu milik ini.

"Kerajaan akan terus membina rumah mampu milik kerana inilah kehendak rakyat dan sebagai kerajaan yang prihatin, kita akan terus membina walaupun akan menutup dan melabuh tirai tahun 2015 dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu akibat kejatuhan harga minyak dan kemuncupan ekonomi China. Ini beri kesan kepada ringgit dan ekonomi kita.

"Bila kita beri sokongan kepada kerajaan, kita kena beri sokongan kepada kerajaan yg bukan sahaja mampu bercakap, mampu mengkritik tapi kerajaan mampu melaksanakan," kata Najib dalam ucapan perasmian Ekspo Rumah Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Malah, presiden Umno itu berkata sambutan untuk rumah mampu milik ini ibarat 'goreng pisang panas', justeru beliau akan menguatkan akujanji pilihan raya umum ke-13 untuk membina lebih satu juta rumah di seluruh negara.

"Saya dimaklumkan di Kedah dan Melaka, sambutan yang diterima di kalangan rakyat begitu hangat dan luar biasa, bagaikan pisang goreng panas.

"Hari ini kita lihat di PWTC sambutan yang cukup hebat. Ini menunjukkan soal perumahan satu perkara yang dekat di hati rakyat," kata Najib.

PR1MA dikehendaki membina 65,000 unit rumah mampu milik sehingga 2016.

Rumah yang dibina PR1MA merupakan hasrat kerajaan menyediakan rumah berkualiti dan selesa dengan ditambah pelbagai kemudahan, seperti tadika, surau dan tapak rekreasi.

Lihat Komen
ADS