Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Richard Morais dakwa Charles lari kerana dia berbohong
Diterbitkan:  Nov 28, 2015 11:30 PM
Dikemaskini: 5:18 PM

Charles Morais lari dari negara itu selepas mendedahkan akuan berkanun (SD) kerana dia tahu ia adalah palsu, dakwa adiknya Richard.

Bercakap kepada Malaysiakini, Richard mendakwa Charles hanya berani buat SD kerana dia boleh meninggalkan negara ini.

"Mengapa kamu (Charles) lari seperti ayam? [...] Kerana kamu tahu yang kamu bercakap bohong.

"Anda tidak perlu dengar cakap saya, hakikatnya yang dia (Charles) melarikan diri, sudah cukup buktinya," kata Richard.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa Charles meninggalkan Malaysia melalui Tambak Johor selepas dia mendedahkan SD itu Khamis lalu.

Khalid menyifatkannya sebagai satu tindakan pengecut, yang turut dipersetujui oleh Richard yang mengulanginya beberapa kali ketika dihubungi.

"Dia (Charles) hanya berani menulis (SD) kerana dia tidak berada di Malaysia," kata Richard.

Beliau meminta Charles mendedahkan kandungan pen drive untuk membuktikan kebenaran dakwaannya itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS