Tanah runtuh di Taman Orkid Desa
Diterbitkan: Dec 1, 2015 7:38 AM | Dikemas kini: Dec 1, 2015 8:13 AM
Satu kejadian tanah runtuh kecil dilaporkan berlaku di kawasan perumahan Taman Orkid Desa di ibunegara malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata kejadian itu tidak menjejaskan sebarang struktur bangunan di sekitar kawasan itu.
Katanya pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 8.36 malam.
"Sejurus menerima laporan saya bergegas mengerahkan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Azizan berkata setibanya di lokasi kejadian terdapat runtuhan batu-bata dari lereng bukit.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.