Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) hari ini membidas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu yang didakwanya sebagai 'pengecut' kerana gagal bertindak terhadap polis yang terlibat dalam kematian tahanan dalam lokap.

Beliau memetik penemuan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bahawa polis bertanggungjawab berhubung kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamad Nor dalam lokap polis di Johor, tahun lalu.

“Saya nak tanya IGP, awak label orang ‘pengecut’. Awak bagi tahu saya apa tindakan kes dalam balai polis sendiri?

“Kenapa tiada tindakan?

“Adakah IGP kita berani nak cakap dengan keluarga si mati? Sudahkah beliau menghubungi mereka?” soalnya ketika membahaskan peruntukan bajet Kementerian Dalam Negeri 2016.

Gobind membidas Khalid kerana melabel Charles Suresh Morais sebagai pengecut kerana melarikan diri dari negara selepas membuat akuan bersumpah yang membabitkan individu berprofil tinggi.

Awal bulan ini, Khalid berikrar bahawa polis yang terlibat dalam kematian Syed Mohd Azlan tidak akan dilindungi dan siasatan dalaman akan dijalankan serta dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

EAIC dalam siasatannya mendapati Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur, 25, 'dibunuh' oleh anggota polis yang memukulnya di lokap polis di Sungai Rengit, Johor pada 3 Nov 2014.

EAIC juga menemui bukti bahawa anggota polis telah membersihkan tempat kejadian daripada sebarang bukti selepas membelasah mangsa sebelum pegawai perubatan tiba.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS