Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Insurans kereta persendirian tidak lindungi pemandu Uber

Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menjelaskan insurans kereta persendirian tidak melindungi pemandu yang terbabit dengan aktiviti perkongsian kenderaan.

Pengerusi PIAM, Chua Seck Guan berkata, insurans kereta persendirian akan menjadi tidak berguna jika pemandu terlibat dengan perkongsian kenderaan yang disifatkan sebagai aktiviti komersial.

"Oleh itu pemilik kenderaan, pemandu dan penumpang yang menggunakan kereta peribadi mereka untuk tujuan komersial tidak akan dapat membuat tuntutan di bawah polisi insurans mereka, sekiranya berlaku kemalangan.

"Risiko ini perlu ditanggung oleh pemilik kenderaan itu sendiri, yang menjadi tidak diinsuranskan kerana kereta itu digunakan untuk tujuan yang tidak dilindungi di bawah polisi insurans. Ini termasuk liabiliti bagi sebarang tuntutan pihak ketiga juga," kata Chua.

Tambahan pula, wakil PIAM itu berkata, pemandu yang berkongsi kenderaan menghadapi tindakan undang-undang daripada syarikat insurans.

"Di bawah undang-undang, syarikat insurans mungkin terpaksa membayar tuntutan kecederaan anggota pihak ketiga yang lain (tuntutan TPBI), tidak termasuk pemandu dan penumpang,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS