Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden Pertubuhan Sejahtera Ummah Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi menggesa semua parti pembangkang supaya tidak menyerang antara satu sama lain dan menghalakan 'senjata' mereka kepada BN.

Katanya, pergeseran dalaman blok pembangkang melibatkan DAP, PKR, PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) adalah membuang masa.

"Sebagai NGO yang pro-pembangkang, kami merasakan sepatutnya fokus harus diberikan kepada BN mengenai isu-isu rasuah dalam parti pemeritah," katanya dalam pada sidang akhbar di George Town hari ini.

"PAS bukan parti pemerintah, mereka hanya memerintah di Kelantan. Menyerang sesama sendiri memberikan kesan negatif kepada blok pembangkang," kata ADUN Pengkalan Kundor itu lagi.

Beliau mengulas kenyataan Presiden AMANAH Mohamad Sabu yang dilapor berkata bahawa PAS sudah diresapi pemikiran ISIS menjadikan antara punca parti yang diketuainya itu ditubuhkan dan menuntut supaya siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara.

Phahrorazai berada di Pulau Pinang untuk mengumumkan konvensyen PasMa negeri di Kepala Batas yang dijadual pada 5 Disember, yang bakal menyaksikan NGO itu akan menentukan resolusi perkembangan politik negara untuk diserahkan kepada pemimpin Pakatan Harapan.

Pemimpin Pakatan Harapan dijemput untuk menghadiri konvensyen itu sementara Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof telah mengesahkan kehadirannya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS