Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perkahwinan kanak-kanak: Amalan tidak sihat, kata Majlis Fatwa
Diterbitkan:  Dec 2, 2015 2:29 PM
Dikemaskini: 6:32 AM

Sebuah kes di mana seorang lelaki merogol adik iparnya yang berusia 11 tahun dan memaksa isterinya yang kurang upaya berusia 14 tahun merakam jenayah itu, sekali lagi menimbulkan persoalan sama ada peruntukan yang membenarkan perkahwinan kanak-kanak adalah mengikut ajaran Islam.

Mengikut undang-undang sekarang, kanak-kanak perempuan berusia di bawah 16 tahun dan kanak-kanak lelaki di bawah 18 tahun dibenarkan berkahwin, jika ada persetujuan daripada ibu bapa dan mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, Majlis Fatwa Kebangsaan pada fatwa Oktober 2014 berkata, perkahwinan itu tidak lagi dilihat sebagai satu amalan yang ‘sihat’ pada masa ini.

Memandangkan undang-undang membenarkannya, majlis itu berkata syarat-syarat untuk perkahwinan kanak-kanak perlu diperketatkan kerana kajian menunjukkan kebanyakan perkahwinan kanak-kanak lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan terutama dari aspek kesihatan dan psikologi kanak-kanak terbabit.

Majlis Fatwa juga berkata mahkamah perlu diyakinkan bahawa perkahwinan itu tidak akan menjejaskan masa depan kanak-kanak berkenaan, termasuk pelajarannya, kesihatan fizikal dan mental, serta psikologi kanak-kanak tersebut.

“Para ulama bersetuju bahawa secara syarie, perkahwinan kanak-kanak bukan perkara yang wajib dan tidak juga sunat.

“Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Sayidatina Aisyah r.a. adalah amalan yang tidak diwajibkan dan tidak juga digalakkan untuk diikuti,” kata majlis itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS