Dewan Rakyat lulus persempadanan p'raya S'wak
Diterbitkan: Dec 2, 2015 5:52 PM | Dikemas kini: Dec 2, 2015 6:15 PM
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya negeri Sarawak 2015 dengan undian belah bahagian.
Seramai 130 penyokong kerajaan bersetuju manakala 72 ahli parlimen menentangnya.
Dengan kelulusan itu, pilihan raya negeri Sarawak kini boleh diadakan bila-bila masa dengan mandat kerajaan negeri sekarang berakhir pada bulan Jun tahun depan.
Pembangkang membidas proses persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang didakwa sebagai percubaan untuk membolehkan BN terus berkuasa di negeri itu.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.