DAP hari ini menggesa kerajaan bertindak ke atas syarikat Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) kerana menaikkan tambang yang menjejaskan Ekspres KLIA dan KLIA Transit.

"Kami mahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengambil tindakan terhadap ERL," kata ahli parlimen Tanjong, Ng Wei Aik pada sidang media yang di lobi Parlimen.

"Tambang untuk kedua-dua KLIA Ekspres dan KLIA Transit akan meningkat daripada RM35 kepada RM55, kenaikan 55 peratus. Ini bertentangan dengan Seksyen 14 Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan," katanya.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang membenarkan kenaikan itu juga harus bertindak mengikut undang-undang, katanya.

"Undang-undang ini juga membolehkan kementerian kepenggunaan untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pengendali perkhidmatan," kata Ng.

Kementerian itu tidak boleh bertindak terhadap peniaga kecil sementara membiarkan pengendali gergasi yang mempunyai monopoli ke atas perkhidmatan kereta api terlepas," kata ahli parlimen Rasah, Teo Kok Seong yang turut hadir.

ERL pada Selasa lalu mengumumkan bahawa mulai 1 Januari tahun depan, tambang bagi perjalanan sehala ke KL Sentral dan KLIA/KLIA2 akan menjadi RM55, iaitu peningkatan sebanyak RM20.

[Baca berita penuh]