Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hubungan Sulu: Azalina hulur tangan kepada Nurul Izzah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini berkata, beliau bersimpati dengan ahli parlimen PKR Nurul Izzah Anwar kini ‘kepanasan kerana bergambar dengan Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan melancarkan serangan bersenjata di Sabah pada tahun 2013.

"Saya faham apabila beliau menerangkannya di Dewan Rakyat, hasratnya sama sekali mulia [...] beliau benar-benar mahu ahli parlimen bersimpati dengannya.

"Saya setuju (dengannya). Saya faham. Saya bersimpati dengannya," kata Azalina ketika ditemui di lobi Parlimen.

Beberapa minit sebelum itu, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk mengheret Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Parlimen kerana berjumpa dengan Jacel.

"Bagaimanapun, 107 laporan polis dibuat (terhadapnya);. Dewan Undangan Negeri Sabah juga membuat usul (menghalangnya ke Sabah). Orang di Sabah juga amat kecewa (dengannya)," kata Azalina.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Nurul Izzah memohon kedua-dua Jacel dan Datuk Bandar Manila, Joseph Estrada untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk membersihkan dirinya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS