Nurul Izzah sebak, air mata gugur untuk rakyat

Kow Gah Chie        

Ahli parlimen PKR Nurul Izzah mengakui beliau begitu sebak sehingga air matanya menitis ketika menerangkan kepada Dewan Rakyat berhubung pertemuannya dengan acel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan melancarkan serangan bersenjata di Sabah pada tahun 2013.

"Saya begitu sebak.

"Saya menangis untuk rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen.

Dewan Rakyat meluluskan usul untuk mengheret Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Parlimen kerana berjumpa dengan Jacel.

Usul untuk merujuknya kepada jawatankuasa itu diluluskan dengan undi blok, dengan 105 menyokongnya manakala 77 yang lain tidak bersetuju.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan usul itu berkata, beliau bersimpati dengan pemimpin PKR itu.

Beliau mencadangkan Nurul Izzah memohon kedua-dua Jacel dan Datuk Bandar Manila, Joseph Estrada untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk membersihkan dirinya.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In