Hospital Damai akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas jururawatnya yang mendakwa dipecat kerana cuba memakai pakaian seragam berlengan panjang bagi menutup aurat.

“Kami akan jumpa peguam kami esok.

“Saya sudah beritahu beliau pada 3 Disember lalu bahawa peguam kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan dan tuduhan yang cuba dibuatnya.

“Beliau mempunyai masalah disiplin sejak menyertai kami,” kata pengurus sumber manusia hospital swasta itu Regina Sundram kepada Malaysiakini .

Beliau menegaskan bahawa jururawat itu Naziah Sauni Samat tidak hadir dua hari berturut-turut tanpa notis – yang menyebabkan pemecatan.

[Baca berita asal]