Berdasarkan bahasa tubuh dipamer, perwakilan ternyata menerima penjelasan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion, kata Datuk Rahman Dahlan.
Malah, kata anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berkata hadirin gembira kerana Najib menyampaikan ucapannya berdasarkan fakta.
“Tiada bu sama sekali, hanya tepukan,” katanya.
“Itu yang mereka (perwakilan) mahu, mereka mahu perdana menteri yang jawab dengan baik.”
Rahman menegaskan semuanya berjalan dengan lancar.
“Saya tahu saya boleh tidur nyenyak malam ini,” katanya lagi.
Najib malam ini menyampaikan ucapan dalam taklimat tertutup presiden, acara pertama dalam perhimpunan agung Umno 2015.
