Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin, Shafie tetap hadir mesyuarat MT malam ini
Diterbitkan:  Dec 9, 2015 9:50 PM
Dikemaskini: 1:52 PM

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu malam ini di tengah-tengah spekulasi tindakan akan diambil terhadapnya.

Seorang lagi pemimpin kanan Umno, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir dalam majlis itu.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan memuat naik sekeping gambar di Internet menunjukkan kedua-dua pemimpin itu sebelum mesyuarat hampir bermula.

#PAU2015 Mesyuarat MT Khas dihadiri Presiden, Timbalan, Naib2, Pengerusi & Timb Pengerusi Tetap mlm 9/12/15 di PWTC pic.twitter.com/BeSotfONoj

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) December 9, 2015

Muhyiddin kelihatan duduk di sebelah kanan Presiden Datuk Seri Najib Razak.

Manakala Shafie pula berada di antara Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sebuah laman pro-Najib, MYKU membuat spekulasi bahawa sekurang-kurangnya 10 anggota MT merancang mendesak penggantungan Muhyiddin setelah lantang terhadap pentadbiran Najib.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS