Akhbar Oriental Daily News melaporkan di muka A2 (Nasional) penjelasan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim bahawa Kementerian Pendidikan tidak megurangkan sesi kelas Bahasa Cina darjah tiga Sekolah Rendah Cina untuk menambahkan sesi kelas Bahasa Malaysia dalam jadual waktu tahun depan, tanpa sebarang sebab atau secara sengaja.

Beliau menjelaskan, pada asalnya darjah tiga tahun 2005 telah mempunyai dua sesi kelas Bahasa Inggeris. Namun, mengikut jadual waktu pelaksanaan formula 2-4-3, waktu kelas mingguan darjah tiga telah hanya tinggal 48 sesi atau 1,440 minit.

Katanya, mungkin Pengarah Kementerian Pendidikan mengeluarkan surat pada bulan Oktober tahun 2002 yang mengarahkan darjah tiga Sekolah Rendah Cina menggunakan 60 minit yang berlebihan, sebagai kelas Bahasa Malaysia untuk menyerasikan waktu kelas mingguan darjah satu, dua dan tiga, iaitu 50 sesi.

Menurut Hon, pada tahun 2003, subjek sains mula diperkenalkan di sekolah rendah. Pada masa itu, Kementerian Pendidikan mengarahkan sekolah rendah pelbagai aliran mengurangkan tiga sesi kelas bahasa darjah satu, dua dan tiga untuk mengajar sains.

Oleh itu, Bahasa Malaysia sekolah kebangsaan, Bahasa Cina sekolah Cina, dan Bahasa Tamil sekolah Tamil telah dikurangkan daripada 15 sesi kepada 12 sesi.

Sebelum tahun 2003, katanya, darjah satu dan dua sekolah Cina dan sekolah Tamil tidak diajar Bahasa Inggeris, manakala mulai darjah tiga, dua sesi kelas Bahasa Inggeris diajar.

Pada tahun 2003, katanya, Kementerian Pendidikan membuat keputusan untuk mengajar dua sesi kelas Bahasa Inggeris setiap minggu. Salah satu sesi adalah subjek yang dipilih guru besar dan masa pelepasan sekolah ditangguh satu sesi untuk menambahkan dua sesi yang digunakan untuk mengajar Bahasa Inggeris.

Menurutnya, dengan pelaksanaan pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, jadual waktu sekolah Cina telah bertambah empat sesi kelas Matematik Bahasa Inggeris dan tiga sesi kelas Sains Bahasa Inggeris. Oleh itu, waktu kelas mingguan darjah satu dan dua telah mencapai 1,500 minit atau 50 sesi.

Tingkatkan bilangan pelajar IPT

Akhbar Sin Chew Daily melaporkan di muka 4 (Dalam Negeri) kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Fu Ah Kiow bahawa kerajaan bercadang untuk memberikan pendidikan pengajian tinggi kepada 40 peratus muda-muda dalam lingkungan umur 18 hingga 24 tahun yang akan dilaksanakan dalam masa enam tahun akan datang.

Katanya, objektif tersebut menunjukkan peningkatan 11 peratus berbanding 29 peratus yang dicapai tahun lalu. Bagaimanapun, perangkaan ini tidak dikira tinggi jika dibandingkan dengan 40 lebih peratus yang dicapai negara dunia pertama secara amnya.

Beliau juga mengambil Amerika Syarikat sebagai contoh dengan menyatakan bahawa bilangan pelajar institut tinggi negara itu mencapai 60 hingga 70 peratus.

Apabila ditanya bagaimana kerajaan akan mencapai matlamat tersebut, Fu berkata kerajaan telah berusaha meluaskan universiti dan membina universiti baru dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Selain itu, beliau juga memberitahu lebih banyak permohonan untuk mendirikan universiti swasta dan institut pengajian tinggi telah diluluskan oleh kerajaan.

Menurut Fu lagi, dalam 6 tahun lalu, kerajaan membina enam kolej universiti. Pada masa ini, terdapat 17 universiti awam dan 24 universiti swasta di seluruh negara. Katanya, dengan 500 institut pengajian tinggi swasta yang lain, ini adalah mencukupi untuk memenuhi permintaan pengajian tinggi oleh rakyat negara.

Semasa menjawab pertanyaan mengenai cara untuk meningkatkan peluang pelajar kaum Cina memasuki universiti, Fu mengatakan bahawa kerajaan akan terus menambahkan bilangan institut pengajian tinggi supaya meningkatkan peluang kepada setiap kaum.

Kerjasama hapuskan Aedes

Akhbar Nanyang Siang Pau menyiarkan di muka A2 (Berita) kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Dr.Chua Soi Lek bahawa pelaksanaan undang-undang dan penyemburan ubat nyamuk bukan cara yang paling berkesan untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes.

Dalam temuramahnya dengan akhbar tersebut, beliau berkata kerjasama antara kerajaan dengan pihak swasta adalah penting untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap ancaman demam denggi.

Katanya, masalah utama yang lain adalah sikap rakyat dalam menjaga kebersihan sekeliling tempat kediaman, tidak membuang sampah merata tempat, dan sebagainya.

Beliau mengaku pihak berkenaan tidak dapat kesan baik dalam kegiatan penghapusan nyamuk aedes kerana keadaaan pembiakan nyamuk malaria dan nyamuk aedes adalah berbeza.

Menurutnya, nyamuk malaria selalunya membiak di kawasan tertentu, manakala kawasan yang menakung air bersih berkemungkinan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Dr Chua berkata orang ramai hanya akan berasa bimbang selepas kes demam denggi muncul. Katanya, mereka tidak mementingkan cara pencegahan nyamuk aedes sebelum timbulnya masalah.

Ramai orang suka membuang kotak rokok, tin minuman dan cawan kertas semasa berjalan, menyebabkan air bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Katanya, ramai orang berpendapat, sebagai pemberi cukai, tugas mengemaskan sampah bukan tanggungjawab mereka.

Jentik-jentik nyamuk aedes hanya memerlukan 5-7 hari untuk membiak sebagai nyamuk. Oleh itu, objektif pihak berkenaan adalah menghapuskan telur atau jentik-jentik sebelum proses pembiakan nyamuk aedes berakhir..

Beliau berkata penyemburan ubat nyamuk secara berterusan mungkin mengancam kesihatan penduduk di samping nyamuk aedes mungkin menjadi imun terhadap ubat nyamuk.

Dr Chua menyatakan bahawa pihak berkenaaan tidak akan menyembur ubat nyamuk secara berterusan kecuali seperti keadaan berlakunya penyakit Nipah untuk mencegah nyamuk membiakkan penyakit kepada orang ramai atau khinzir.

Katanya, Kementerian Kesihatan tidak terlalu bergantung kepada pelaksanaan undang-undang, tetapi lebih mementingkan kerja pendidikan orang awam bagi mengelak menimbulkan perasaan cemas, terutama di kalangan penduduk tempatan.