Kanak-kanak Kanada berselawat sambut pelarian Syria
Sebuah video paduan suara anak-anak Kanada menyanyikan lagu selawat Tala' al-Badru Alayna menarik perhatian ramai kerana ia dilagukan untuk menyambut kedatangan pelarian perang Syria.
Berdasarkan maklumat yang ada di Internet, kanak-kanak terbabit adalah pelajar sebuah sekolah di Ottawa.
Dianggarkan ada lebih 100 kanak-kanak berusia antara lapan hingga 12 tahu menyanyikan lagu tersebut.
Mereka bernyanyi diiringi petikan piano.
Peserta paduan suara anak-anak Kanada itu juga terdiri dari berbagai etnik yang seolah-olah mahu menunjukan kepada dunia bahawa Kanada didiami penduduk yang datang dari pelbagai latar.
Kanada memang dikenali sebagai sebuah negara yang rencam budaya dan penduduknya didakwa samat menghormati hak asasi manusia.
Seperti diketahui, sebanyak 161 pelarian dari Syria diterima di Kanada dan untuk pertama kalinya mereka bertemu dengan keluarga yang tak pernah mereka kenali.
Kedatangan mereka turut diraikan pegawai kanak kerajaan dan menteri.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
