Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk S Ambiga gagal bertemu dengan Speaker Tan Sri Abu Zahar Ujang bagi menyatakan hasrat menangguhkan perbahasan rang undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Dewan Negara.

Perkara itu dinyatakan oleh Senator Dr Syed Husin Ali yang bertemu dengan Abu Zahar selama 20 minit pagi ini.

Abu Zahar didakwa menolak bertemu Ambiga kerana tidak mahu keputusannya dipengaruhi selain kesuntukan masa untuk bertemu dengan bekas pengerusi BERSIH itu.

“Speaker tidak mahu bertemu (dengan Ambiga) kerana tidak mahu dipengaruhi, dan tidak sempat kerana dewan bersidang pada jam 10 pagi.

"Pertemuan itu seperti tidak ada perbincangan. Kami cuma sempat menyampaikan agar perbincangan itu dapat ditangguhkan pada sidang akan datang.

"Tetapi, nampaknya jelas bagi kita, ia tidak mungkin akan berlaku walaupun beliau menyatakan akan memberi sepanjang-panjangnya masa dalam perbahasan di senat," kata Syed Husin kepada pemberita selepas pertemuan tersebut di Parlimen hari ini.

Sebelum ini Ambiga gagal menyerahkan memorandum kepada pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.

Shahrir yang merasa terhina dengan tindakan Ambiga itu menyerahkan kembali memorandum tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS