Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai membantah cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengehadkan permit jualan Tahun Baru Cina hanya kepada peniaga-peniaga berbangsa Cina sahaja.

Dalam Facebook semalam, DBKL berkata permohonan permit sementara bagi gerai jualan menjelang Tahun Baru Cina kini dibuka tetapi kelulusan adalah terhad kepada kaum Cina sahaja.

Mengulas kenyataan itu, Tan berkata, bazar Jalan Pasar di Pudu mempunyai 235 gerai, separuh daripadanya diusahakan oleh peniaga Cina manakala separuh lagi oleh peniaga berbangsa lain.

"Jalan Pasar mempunyai gerai berbilang kaum dan pelanggan ... Kita tidak boleh ikut peraturan dan syarat DBKL ini.

"Jika tidak, kita akan tunduk dengan polisi perkauman," katanya kepada sekumpulan pemilik gerai di Jalan Pasar, Kuala Lumpur hari ini.

Tan menggesa rakyat pelbagai kaum yang layak untuk memohon permit sementara untuk mengendalikan gerai, tidak kira sama ada ini adalah untuk Tahun Baru Cina, bulan Ramadan atau Deepavali.

[Baca berita penuh]