Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Seminar UiTM ‘singgung perasaan' masyarakat Kristian
Diterbitkan:  Dec 17, 2015 5:26 PM
Dikemaskini: 9:29 AM

Masyarakat Kristian terus meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan seminar “Ancaman Gerakan Pemurtadan Kristianisasi” yang dianjurkan di kampus UiTM di Lendu, Melaka, minggu lalu.

Bagi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), agama mereka bukan satu ancaman dan memaparkan mereka seumpama itu pada seminar di universiti awam berkenaan adalah sesuatu yang "dahsyat" dan "amat menyakitkan hati".

Pengerusi CFM, Eu Hong Seng berkata, walaupun seminar yang menghina seumpama itu telah diadakan sebelum ini, namun majlis kali ini yang membabitkan seorang pegawai kanan polis yang juga bertindak berat sebelah.

"Ia keseluruhannya tidak boleh diterima untuk sebuah universiti awam, menggunakan dana rakyat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang memburuk-burukkan minoriti agama. Ini sangat menyakitkan hati.

"Tidak ada kerajaan yang sepatutnya membenarkan aktiviti ini. Kami terkejut dengan kegagalan kerajaan untuk bertindak dan membenarkan ini terjadi," katanya dalam satu kenyataan.

Polis Melaka mengesahkan seorang pegawai Cawangan Khas hadir sebagai seorang daripada penceramah seminar di kampus UiTM di Lendu, Melaka itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS