CAP saran negeri lain ikut Johor, K'tan haram vape
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa negeri lain agar mengikut jejak langkah kerajaan negeri Johor dan Kelantan yang mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape.
Pegawai Pendidikan CAP, N V Subbarow berkata pengharaman itu tidak seharusnya terhad kepada vape malah perlu diperluaskan kepada penggunaan shisha stick yang kini semakin popular penggunaannya oleh generasi muda terutama pelajar sekolah.
"Kami mahu semua negeri termasuk kerajaan negeri Pulau Pinang mengharamkan penjualan vape ini. Jangan tunggu lagi sehingga ia menjadi satu krisis. Kalau kita lihat golongan muda termasuk pelajar sekolah yang banyak menggunakan vape ini.
"Sekarang yang terlibat adalah pelajar dengan banyak kedai sekitar kawasan sekolah menjual vape dan shisha ini. Justeru, kita mahu PBT (pihak berkuasa tempatan) ambil tindakan tegas ke atas kedai yang jual barangan vape dan shisha di kawasan sekolah," katanya kepada Bernama.
Kelantan menjadi negeri kedua selepas Johor mengharamkan penjualan vape.
- Bernama
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.