Lim: Kenapa ada klausa rahsia dalam perjanjian penambakan?
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencabar kerajaan BN terdahulu bagi menjelaskan mengapa ia memasukkan klausa kerahsiaan dalam perjanjian penambakan laut dengan syarikat swasta.
"Mari kita kembali kepada asas, terangkan mengapa terdapat klausa kerahsiaan dalam perjanjian penambakan. Adakah mereka begitu yakin bahawa semua syarat yang dinyatakan dalam perjanjian tidak bertentangan dengan kepentingan awam?," Soal Lim pada sidang media hari ini.
Lim berkata, BN terus menyalahkan beliau kerana tidak mendedahkan perjanjian yang ditandatangani kerajaan negeri sebelum 2008.
Menurut Lim, pentadbirannya terikat dengan klausa kerahsiaan dalam perjanjian itu walaupun beliau telah berjanji untuk mendedahkannya semasa rundingan awam mengenai Pelan Induk Pengangkutan minggu lepas.
Beliau menambah kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk memaksa syarikat-syarikat swasta mengetepikan klausa berkenaan tetapi telah menulis kepada mereka bagi memohon kebenaran.
Lim berkata demikian berikutan kenyataan Pengerusi BN, Teng Chang Yeow yang bertanya sekiranya Ketua Menteri itu telah menulis kepada mana-mana syarikat untuk mengetepikan hak-hak mereka di bawah klausa kerahsiaan.
Teng berkata jika sesebuah syarikat tidak mengendahkan Lim, ia hanya menunjukkan bahawa Ketua Menteri itu sebagai 'Lemah'.
[ Baca berita penuh]

