Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerajaan: Resolusi EU tentang M'sia tak sesuai
Diterbitkan:  Dec 20, 2015 1:52 PM
Dikemaskini: 5:54 AM

Kementerian Luar Negara menyifatkan tindakan parlimen Kesatuan Eropah (EU) secara sehala meluluskan resolusi berkaitan dakwaan pencabulan hak asasi manusia di Malaysia sebagai tidak sesuai.

Bagaimanapun, tegas Wisma Putra, kerajaan Malaysia menjunjung kebebasan bersuara dan menyuarakan pendapat serta kebebasan berhimpun dan akan menjelaskan kepada EU jika terdapat peluang di masa depan.

“Malaysia sudah mengambil pendekatan terbuka terhadap interaksi-interaksi ini (dalam pertemuan dengan EU) kerana kami amat yakin bahawa persetujuan bersama hanya boleh disampaikan melalui dialog berbanding monolog (kenyataan sehala) [...]” menurut kenyataan hari ini.

Kementerian juga berpandangan bahawa parlimen Eropah telah bertindak secara tergesa-gesa dengan mengeluarkan resolusi itu.

Wisma Putra juga berkata penghormatan penuh harus diberikan kepada sesebuah negara berdaulat dalam isu dalaman mereka.

Parlimen Eropah, sebahagian daripada cabang perundangan EU, meluluskan 17 resolusi dalam sidang di Strasbourg, France minggu lalu,

Ia antaranya menyatakan kebimbangan terhadap keadaan hak asasi di Malaysia termasuk tindakan keras terhadap aktivis masyarakat dan politik, ahli akademik dan media.

Parlimen itu juga membangkitkan peningkatan angka pihak yang didakwa bawah Akta Hasutan 1948.

Ia turut menyentuh isu terbaru rang undang-undang Akta Keselamatan Negara (MKN) yang berdepan kritikan terhadap kemungkinan berlaku pemusatan kuasa di tangan seorang perdana menteri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS