Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Berita pekerja rogol, buntingkan orang utan palsu
Diterbitkan:  Dec 20, 2015 3:00 PM
Dikemaskini: 7:11 AM

Dunia maya semalam gempar susulan laporan mendakwa seekor orang utan bunting selepas dirogol seorang pekerja zoo di Surabaya.

Bagaimanapun, hari ini ternyata berita itu tidak benar apabila pihak zoo tampil menafikannya laporan World News Daily Network pada Sabtu.

Ketua zoo itu Heri Purwanto berkata mereka tidak mempunyai orang utan bernama Marilyn seperti dilaporkan dan pegawai disebut juga bukan pekerja di tempat itu.

“Semuanya dalam laporan itu palsu,” kata Heri, lapor Jakarta Post yang memetik Tribunnews .

Beliau percaya berita itu disebarkan untuk memalukan pihak zoo.

Laporan itu mendakwa seorang penjaga zoo berusia 38 tahun ditangkap kerana melakukan serangan seksual kepada binatang itu.

Laporan itu menyebut aktiviti jijik itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Penafian di World News Daily Report bagaimanapun menyebut semua watak dalam tulisan mereka semata-mata rekaan, walaupun berdasarkan individu sebenar.

Sebuah media terkenal di Malaysia turut melaporkan semula laporan palsu itu. Bagaimanapun semakan hari ini mendapati ia telah dibuang.

“Harap maaf, artikel yang diminta tidak dijumpai. Sila kembali ke laman utama,” menurut pesanan yang menggantikan berita itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS