Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MOU air dicapai hasil pertemuan Najib-Hadi
Diterbitkan:  Dec 20, 2015 9:48 PM
Dikemaskini: 1:50 PM

Kerajaan Terengganu bersetuju mengadakan perjanjian kerjasama dengan kerajaan Kelantan dalam bidang perbekalan air bersih bagi kawasan Tok Bali dan Pasir Puteh.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata persetujuan itu dicapai berikutan hasil pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Kita bersetuju memeteraikan perjanjian itu esok di Tok Bali.

"Kedua-dua Menteri Besar Terengganu dan Kelantan (Datuk Ahmad Yakob) akan menyaksikan (upacara menandatangani) perjanjian antara Syarikat Air Terengganu Berhad (SATU) dengan Syarikat Air Kelantan itu esok," katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Nerus hari ini.

Ahmad Razif berkata kerajaan Terengganu tidak ada masalah mengenai perkara perjanjian bekalan air itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS