K'jaan jamin RM177.8b hutang GLC
Diterbitkan: Dec 22, 2015 10:00 AM | Dikemas kini: Dec 22, 2015 10:10 AM
PARLIMEN Sehingga 30 Jun 2015, kerajaan telah menjamin RM177.8 bilion hutang syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Bagaimanapun, jawapan bertulis yang diberikan kepada Parlimen tidak menamakan GLC, mahupun sifat hutang tersebut.
Jawapan bertulis Parlimen itu adalah untuk soalan Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) dan dihantar semasa sesi sidang terakhir Dewan Rakyat bagi 2015, yang berakhir bulan ini.

