Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis berjaya mendapatkan perintah reman dua hari terhadap aktivis Ali Baharom susulan penglibatannya dalam himpunan menggesa pemulauan terhadap peniaga Kompleks Kota Raya, Kuala Lumpur minggu lalu.

Reman itu diberikan bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Ketua CID Kuala Lumpur Zainuddin Ahmad memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dibawa ke hadapan majistret di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi pagi ini.

Ali ditahan kira-kira jam 7 malam tadi dan kini ditempatkan di lokap IPD itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Habibi Manjiji dilaporkan berkata terdapat laporan polis terhadap Ali yang memimpin himpunan Jumaat lalu.

Beliau dilapor menyeru pemulauan Kota Raya bagi “mengajar” peniaga di kompleks membeli-belah itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS