Rizab antarabangsa BNM RM421.6b
Diterbitkan: Dec 22, 2015 6:28 PM | Dikemas kini: Dec 22, 2015 6:30 PM
Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan yang rizab antarabangsanya berada pada RM421.6 bilion atau bersamaan US$94.8 bilion setakat 15 Disember 2015.
Ia adalah lebih tinggi daripada RM420.1 bilion (US$94.6 bilion) pada 30 November 2015.
"Kedudukan rizab itu cukup untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek," kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.
- Bernama

