'RUU Majlis Keselamatan Negara jadikan Najib berkuasa mutlak'
Biro Hal Ehwal Mahasiswa Parti Amanah Nasional (AMANAH) mengutuk kelulusan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 (MKN) yang disifatkan sebagai percubaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mewujudkan pentadbiran kuku besi.
Pengarahnya, Ahmad Fadhli Umar Amonolhuda dalam satu kenyataan berkata Najib meletakkan kuasa mutlak kepada dirinya dan kabinet melalui RUU berkenaan.
"Kami dari biro hal ehwal mahasiswa sangat bimbang dengan langkah Perdana Menteri untuk menggunakan kawalan terbatas dan autonomi seluruh negara.
"Kami percaya bahawa cadangan Rang Undang-Undang MKN baru-baru ini hanya menyerlahkan nafsu tak terhingga perdana menteri untuk berkuasa," katanya.
Katanya, sudah ada "Senarai panjang undang-undang zalim" digubal atas nama keselamatan negara seperti Akta Pencegahan Keganasan (Pota), Akta Pencegahan Jenayah (Poca), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) serta peruntukan sedia ada dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
"Rang Undang-undang MKN hanya akan menjadikan Perdana Menteri terlalu kuat dan tiada apa yang boleh menghalang beliau dan kerajaan yang memerintah dari memanipulasi dan menyalahgunakan kuasa itu untuk kawalan mutlak ke atas negara ini, dan melindungi kedudukan mereka sebagai parti pemerintah untuk masa akan datang," katanya.
Rang Undang-Undang (RUU) MKN 2015 diluluskan Dewan Negara semalam tanpa sebarang pindaan.
RUU itu sebelum ini dikritik kerana memberi kuasa yang tidak terbatas kepada perdana menteri dalam isu membabitkan kawasan keselamatan.
[ Baca berita penuh]

