Bapa rayu bantu cari anak hilang
Seorang penyelia asrama sekolah merayu orang ramai supaya membantu mencari anak perempuannya yang hilang ketika menyertai kelas tuisyen di Jerteh pada Jumaat lalu.
Remaja itu ialah Wan Wardah Balqist Wan Azmi, 14, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah agama di Jerteh.
Wan Azmi Mohamad berkata anaknya dihantar oleh abangnya untuk menyertai kelas tuisyen di sebuah pusat tuisyen di bandar Jerteh, namun dia tidak ada semasa abangnya datang semula untuk mengambilnya pulang.
Beliau berkata anaknya itu turut mempunyai penyakit tulang reput dan telah tujuh kali menjalani pembedahan.
- Bernama
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.