Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lelaki cetus kebakaran LRT Taman Jaya didakwa hari ini
Diterbitkan:  Dec 28, 2015 11:10 AM
Dikemaskini: 5:27 AM

Seorang penghantar surat didakwa di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya hari ini, atas tuduhan melakukan khianat dan menyebabkan kebakaran terhadap enam kereta dan harta awam berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Jaya, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Zani Che Din berkata, suspek akan didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Jika sabit kesalahan lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan didenda.

Kejadian pada 21 Disember itu dipercayai ada kaitan dengan kes cemburu rumahatangga.

Suspek dikatakan adalah bekas suami yang cemburu yang kemudiannya melemparkan bom petrol ke atas sebuah kereta bekas isteri dan teman lelakinya.

Kebakaran itu kemudian merebak ke beberapa kenderaan lain yang diletakkan berhampiran.

Polis menangkap suspek pada malam kejadian itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS