Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TPM bidas DAP kritik penafian visa pada atlet Israel

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini membidas DAP yang mengkritik kerajaan kerana menafikan visa untuk dua peserta luncur angin dari Israel.

"Jangan melihat dari aspek dan elemen sendiri, tetapi mereka harus melihat dari segi sensitiviti rakyat terbanyak negara ini," kata Zahid dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur.

"Kita mempunyai dasar yang jelas dari segi hubungan diplomatik dengan Israel dan langkah dibuat oleh DAP itu sesuatu yang di luar daripada dasar kita," kata Zahid.

Semalam, ketua biro pembangunan ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin mengkritik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung penafian visa kepada dua peserta Israel itu Yoav Omer dan Noy Drihan untuk menyertai kejohanan Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF).

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy, yang juga dari DAP juga, turut menyentuh mengenai isu itu.

Sama ada ianya kesilapan Khairy atau beberapa orang lain di Kementerian Belia dan Sukan, beliau berkata, ia tidak jelas mengapa kedua-dua atlet Israel itu dijemput apabila Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Ia sebenarnya mudah, kata Ramasamy. Jika Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, mengapa menjemput atlet itu dan meletakkan beberapa syarat yang mustahil bagi mereka penuhi?

Zahid, yang juga naib presiden Umno, enggan mengulas ketika diminta mengulas cadangan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Ahmad Maslan yang mencadangkan kumpulan berpendapatan rendah supaya melakukan dua pekerjaan.

Sebaliknya, Zahid menyarankan mereka bertanya sendiri kepada Ahmad Maslan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS