Mohammad Redzuan Othman VC baru Unisel
Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) yang baru berkuatkasa mulai esok.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau menggantikan Prof Dr Anuar Ahmad yang tamat perkhidmatannya pada 15 Disember lepas.
Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) itu, pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), dan memiliki ijazah kedoktoran falsafah daripada Edinburgh University, United
"Pengalaman Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman yang cukup luas dalam bidang pendidikan serta kecemerlangan dalam rekod kepimpinan beliau pasti akan memberi manfaat yang baik dalam usaha memperkasakan Unisel dan menempatkan Unisel bersama universiti terbaik dalam dan luar negara," katanya.
Tambahnya, kerajaan Selangor turut merakamkan penghargaan kepada Prof Dr Anuar di atas sumbangan dan jasanya sepanjang berkhidmat dengan Unisel.
- Bernama
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.