Ancaman pengganas, Brussel batal sambutan tahun baru
GLOBAL Brussels, Belgium telah membatalkan sambutan bunga api sempena tahun baru ekoran ancaman daripada pengganas, kata Datuk Bandarnya Yvan Mayeur.
"Kami terpaksa membatalkannya bagi mempertimbangkan analisis risiko yang telah dibuat oleh Pusat Krisis," kata Mayeur.
Mayeur berkata demikian kepada rangkaian media berbahasa Perancis- RTBF network lapor The Independant .
Sebelum itu, dua suspek yang didakwa sebagai anggota ISIS telah ditangkap kerana disyaki merancang serangan di Belgium sempena sambutan tahun baru.
Lelaki itu mengenakan pakaian seragam ala tentera dan turut ditemui ialah peralatan komputer dan risalah propaganda ISIS semasa serbuan polis di Brussels, Flemish Brabant serta wilayah Liege.
Pejabat Pendakwa pula berkata, hasil siasatan mendapati:
"Ancaman serangan yang serius yang akan menyasarkan beberapa tempat utama di Brussels dan akan dilakukan semasa cuti akhir tahun."
Brussels merupakan tempat tinggal kepada empat daripada penyerang yang membunuh 130 orang di Paris pada 13 November lalu.

