Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Saya tahu kesukaran rakyat, saya tahu menoreh'
Diterbitkan:  Jan 2, 2016 8:15 PM
Dikemaskini: 12:18 PM

Sempena tahun baru 2016, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan berazam menambahkan pendapatan rakyat.

Perkara itu, katanya, dapat dijayakan dengan pelbagai idea praktikal seperti berniaga atas talian di samping kerja sedia ada.

Beliau juga berharap pendapatan penoreh juga akan turut bertambah.

“Saya tahu sukar hidup mereka kerana ibu bapa saya dulu penoreh getah dan saya tahu menoreh,” kata anggota parlimen Pontian itu.

#TambahPendapatan penoreh. Saya tahu sukar hidup mereka kerana ibu bapa saya dulu penoreh getah & saya tahu menoreh. pic.twitter.com/CJzk4W97TD

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) January 2, 2016

Beliau malah memuat naik gambarnya di Twitter yang sedang menoreh getah.

Ketua penerangan Umno itu juga mengetengahkan“formula PKPK”, untuk pendidikan, kemahiran, produktiviti dan keusahawanan untuk mencapai hasrat itu.

Mengulas isu kerja sampingan, yang mencetuskan kontroversi sebelum ini, Ahmad berkata pihak berminat boleh melakukannya pada waktu malam dan hujung minggu.

“#TambahPendapatan cari rezeki yang halal. (Sebanyak) 9/10 punca kekayaan daripada sumber perniagaan, pesan nabi. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih,” tulisnya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS