Ahmad Maslan mahu hashtag lebih positif dari #2kerja
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan diserang hebat, terutamanya di dunia siber, selepas membuat kenyataan berkaitan dua kerja.
Hashtag #2kerja kemudian menjadi amat popular di Twitter. Malah, ia digunakan oleh Ahmad sendiri.
Bagaimanapun, hari ini, Ahmad berpendapat beliau perlukan hashtag lain yang lebih positif.
“Kita mahu popularkan #tambahpendapatan.
“Ini lebih positif daripada #2kerja," katanya ketika ditemui dalam Anugerah Buku Negara hari ini.
Ahmad sebelum ini sudah menggunakan #tambahpendapatan ketika menulis berkaitan azamnya pada 2016 untuk menambah pendapatan rakyat.
Beliau menegaskan usahanya bawah MITI untuk menambahkan pendapatan rakyat.
Ketua penerangan Umno itu juga berkata memaafkan pihak yang memperolok-olokkannya dengan kenyataan berkaitan kerja sampingan itu.
Ahmad juga mempertahankan kenyataan beliau sendiri melakukan tiga kerja dan mendapat elaun daripada kerja-kerja itu.
Selain berkhidmat sebagai timbalan menteri dan ketua penerangan Umno, Ahmad juga seorang anggota parlimen.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.