Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Analisis PWC tunjuk pertumbuhan sama walau tanpa TPPA
Diterbitkan:  Jan 6, 2016 2:28 PM
Dikemaskini: 6:37 AM

Analisis oleh sebuah firma audit bebas, PricewaterhouseCoopers (PWC), menunjukkan bahawa faedah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) kepada pertumbuhan mungkin digembar-gemburkan, kata Ahli Parlimen PKR Wong Chen.

"Kesimpulan mengenai perkara itu jelas: Laporan kos faedah PWC tidak menyokong mana-mana justifikasi ekonomi makro dengan menandatangani TPPA," kata Wong dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Wong meneliti banyak laporan selepas teks TPPA dimuktamadkan tahun lepas, berikutan rundingan teramat panjang di kalangan 12 buah negara.

Beliau berkata analisis PWC menunjukkan KDNK dan eksport hanya akan bertambah 0.22 peratus paling maksimum, dengan perjanjian TPPA.

PWC membuat kesimpulan ini dengan membandingkan dua senario - jika Malaysia tidak menandatangani TPPA dan jika negara menandatangani perjanjian serta tarif turun kepada sifar lebih daripada 10 tahun.

Bagaimanapun, PWC mendapati bahawa jika langkah-langkah bukan tarif seperti subsidi dan kuota dikeluarkan akibat TPPA, KDNK boleh berkembang sehingga 1.15 peratus dan eksport sehingga 0.9 peratus.

Namun begitu, keadaan ini akan mencapai keseimbangan lebih berat, kata Wong. Ini kerana senario yang sama akan membawa 30 peratus penurunan dalam imbangan dagangan.

Imbangan dagangan merujuk kepada perbezaan dalam nilai import dan eksport.

Penurunan imbangan dagangan bermakna Malaysia akan mengimport barang-barang yang mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada apa yang dieksport.

Baca berita penuh

Lihat Komen
ADS