Ketika simpati mencurah kepada M Indira Gandhi dalam usahanya untuk menukar keputusan unilateral agama anak-anaknya yang tukar kepada Islam tetapi tidak bekas suaminya berhak mendapat layanan yang sama.

Soalan itu dibangkitkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang menegaskan bahawa K Patmanathan @ Mohd Ridhuan Abdullah hanya mendapat hak jagaan untuk satu daripada tiga anak-anaknya yang semuanya diIslamkan tanpa pengetahuan Indira.

"Terdapat simpati yang mencurah-curah terhadap Indira. Sememangnya suatu perpisahan keluarga dalam suatu perkahwinan adalah trauma bagi mereka yang terlibat. Namun begitu, bagaimana pula dengan Ridhuan? Beliau juga dinafikan akses untuk berjumpa dengan anaknya.

"Dua daripada mereka dalam penjagaan eksklusif oleh Indira dan keluarganya. Mereka dibesarkan sebagai (penganut) Hindu tanpa persetujuan Ridhuan.,” kata Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam ulasannya di portal Harakahdaily .

Indira mendakwa anak perempuan bongsunya telah dirampas oleh Ridhuan ketika dia masih kecil dan tidak berjumpa dengannya selama tujuh tahun.

Azmi juga mengkritik bekas Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menegur hakim sebagai "tidak berhati perut” berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan Indira untuk membatalkan penukaran agama anak-anaknya.

Mahkamah Rayuan menolak untuk campur tangan dalam perkara itu dan menyatakan bahawa Indira, seorang bukan Islam, perlu membuat tuntutan di mahkamah syariah.

"Jika kita mengambil kira pernyataan simpati Zaid kepada Indira, Ridhuan juga telah dinafikan hak untuk bersama dengan dua anaknya untuk hidup bersama dan mengasuh mereka - untuk mendakap mereka sebagaimana mana-mana bapa ingin melakukan.

"Apakah perasaan Ridhuan ini tidak perlu difahami dan mendapat simapati juga? Kenapa beliau diperlihatkan dalam media sebagai seorang yang jahat dan tidak berhati perut?

"Kenapa ada double standard di kalangan puak liberal? Adakah hanya kerana beliau seorang pria (lelaki) dan seorang Muslim?" soalnya.

Presiden Mapim itu turut mengecam Zaid kerana menuduh dengan batil Indira tidak mendapat keadilan kerana beliau bukan beragama Islam.

[Baca berita penuh]