10 mati letupan di tengah Istanbul
GLOBAL l Sekurang-kurangnya 10 terbunuh manakala 15 lagi dilaporkan cedera selepas satu letupan menggegar di tengah Istanbul, hari ini.
Reuters yang memetik televisyen Turki, Haberturk berkata letupan itu mungkin dilakukan oleh pengebom bunuh diri tanpa menyebut sumbernya.
Agensi DHA pula melaporkan polis mengepung kawasan daerah Sultanahmet di mana letupan itu berlaku.
Daerah kesultanan bersejarah Sultanahmet adalah lokasi muzium Hagia Sophia dan Masjid Biru yang ikonik di Istanbul. Daerah itu adalah kawasan tarikan pelancong yang paling popular di Turki.
Namun, ada laporan yang menyebut bahawa kejadian mungkin ada kaitan dengan serangan militan Kumpulan Negara Islam (IS).
Setakat ini, belum ada sebarang pengumuman rasmi di atas kejadian itu.

