Kerja pembersihan kawasan terjejas bauksit bermula
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menjalankan kerja pembersihan di kawasan yang terjejas akibat perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang bermula hari ini.
Menterinya Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesyuarat Kabinet semalam mengarahkan kementerian menjalankan kerja pembersihan setelah mengambil maklum keluhan dan aduan daripada penduduk tempatan yang terjejas.
Oleh yang demikian, perdana menteri mahu Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Alam Flora Sdn. Bhd segerakan kerja-kerja pembersihan bagi memastikan kawasan yang terjejas untuk pulih seperti sediakala, katanya dalam satu enyataan semalam.
Menurut beliau, kerja pembersihan itu dijangka selesai dalam tempoh sebulan.
Beliau berkata sebanyak 21 anggota bomba dari empat balai dan tujuh jentera berkuasa besar iaitu empat unit fire rescue tender dan tiga unit water tanker akan terlibat dalam kerja pembersihan.
Ia akan melibatkan kerja pembersihan pada papan tanda, papan tunjuk arah, tiang lampu dan pencucian permukaan jalan terutama di jalan yang terjejas teruk; seperti di Jalan Kuantan-Pelabuhan, Jalan Bukit Goh, Jalan Bukit Kuantan, Jalan Sungai Lembing, Jalan Kuantan Bypass, Jalan Gebeng Bypass, Jalan Jerangau Jabor dan Jalan Bukit Sagu-Cherul, katanya.
Beliau berkata Alam Flora Sdn Bhd, syarikat konsesi bagi kerja pembersihan sisa pepejal juga akan turun padang dengan kekuatan 14 jentera (road sweeper, open tipper, vacall catch basin) dan 40 anggota Alam Flora.
"Agensi lain juga akan turut terlibat bagi mempercepatkan kerja pembersihan dijalankan,” katanya.
orang terlibat dalam operasi itu, termasuk 21 kakitangan jabatan berkenaan dari empat balai bomba sekitar Kuantan, melibatkan tujuh jentera berkuasa besar.
Turut terlibat dalam operasi yang bermula pukul 10 pagi itu ialah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Alam Flora Sdn Bhd dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), katanya.
"Hari ini, kerja pembersihan akan dilakukan di jalan raya dan kawasan taman perumahan di Jalan Sungai Lembing sebelum dilanjutkan ke tempat lain selepas tempoh moratorium bermula esok.
Kerja-kerja pembersihan melibatkan papan tanda, papan tunjuk arah, tiang lampu dan termasuk pencucian permukaan jalan," katanya kepada pemberita semasa ditemui di Taman Kampung Padang 2 hari ini.
Abdul Wahab berkata secara keseluruhan operasi pembersihan jalan raya terjejas teruk adalah di Jalan Kuantan-Pelabuhan, Jalan Bukit Goh, Jalan Bukit Kuantan, Jalan Sungai Lembing, Jalan Kuantan Bypass, Jalan Gebeng Bypass, Jalan Jerangau-Jabor dan Jalan Bukit Sagu-Cherul.
Beliau memaklumkan tempoh operasi ialah selama sebulan, namun optimis kerja pembersihan boleh diselesaikan dalam jangka masa lebih singkat dengan kerjasama baik dari semua pihak.
Pihak bomba juga mengalu-alukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau badan sukarelawan yang berminat untuk menyertai operasi ini bagi supaya operasi berakhir lebih cepat, tambahnya.
"Kita akan memaklumkan kepada pengusaha kedai makan di tepi-tepi jalan terlibat dengan operasi. Mereka juga boleh memberitahu masa mereka tidak berniaga bagi memudahkan kerja pembersihan dilakukan," katanya.
Sementara itu pengarah SWCorp negeri Datuk Mohd Nor Afandi Abd Aziz berkata sebanyak 25 taman perumahan telah dikenal pasti untuk tujuan pembersihan, selain di kawasan sekitar Gebeng, yang menjadi laluan ke Pelabuhan Kuantan.
"Koordinasi mengenai operasi pembersihan akan dibuat berdasarkan keperluan. Operasi akan dilakukan selama sebulan bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari," katanya.
Semalam, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan memberitahu perdana menteri telah mengeluarkan arahan itu dalam mesyuarat Kabinet setelah mengambil maklum keluhan penduduk di Kuantan yang terjejas dengan perlombongan bauksit.
- Bernama

