Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi dakwa kerajaan beri geran RM1.1 bilion pada 1MDB
Diterbitkan:  Jan 14, 2016 10:50 AM
Dikemaskini: 3:03 AM

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendakwa kerajaan memberikan geran berjumlah RM1.085 bilion kepada syarikat pelaburan negara, 1MDB bagi tujuan pembangunan semula pengkalan tentera udara di Sungai Besi.

Ia berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2014 bagi aktiviti kementerian terhadap perkara penyaluran geran kepada syarikat dimiliki Menteri Kewangan Diperbadankan.

"Ia bermaksud 1MDB telah menggunakan dana awam dalam bentuk geran kerajaan persekutuan untuk membiayai kos kerja-kerja pemindahan dan naiktaraf pengkalan tentera udara yang sebenarnya adalah tanggungjawab 1MDB," dakwanya dalam kenyataan media hari ini.

Berdasarkan angka ini, dakwanya, jumlah dana yang diperolehi 1MDB dalam bentuk terbitan sukuk sebanyak RM2.4 bilion dan geran berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan dana mencecah RM3.4865 bilion.

Jumlah itu didakwa melebihi kos keseluruhan projek yang diumumkan sebanyak RM2.7 bilion.

"Malangnya, 1MDB sendiri mengakui bahawa hanya RM800 juta yang telah dibayar setakat ini dan RM1.9 bilion masih berbaki," katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Sehubungan itu, beliau meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan mengapa kerajaan meluluskan geran berkenaan sedangkan sebahagian kerja tersebut terletak di bawah tangungjawab 1MDB.

"Jika geran sebanyak RM1.0865 bilion telah dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada 1MDB tetapi hanya RM800 juta yang diagihkan kepada kontraktor, ke mana baki geran sebanyak RM286.5 juta?,"

"Jika keseluruhan bayaran kepada kontraktor sebanyak RM800 juta kini ditanggung oleh kerajaan persekutuan melalui geran ini, ke mana pula keseluruhan dana RM2.4 bilion dari terbitan sukuk yang sepatutnya digunakan bagi menanggung kos projek ini?," soalnya.

Berita penuh menyusul.

Lihat Komen
ADS