Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Ling, awak menang pusingan di mahkamah pendapat umum'
Diterbitkan:  Jan 14, 2016 5:35 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

Tokoh wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin memuji bekas pemimpin MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik mencatatkan "kemenangan" di mahkamah pendapat umum dalam pertarungan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Bravo, Tun Dr Ling Liong Sik," tulis Kadir dalam blognya hari ini dan memberi pujian kepada bekas menteri pengangkutan itu.

"Awak menang pusingan pertama pertarungan (di mahkamah pendapat umum) dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Beliau mengulas arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya kes saman fitnah Najib terhadap Ling dibawa ke mediasi.

Ia adalah berhubung kenyataan Ling dalam satu laporan di Malay Mail Online pada 3 Oktober lalu yang bertajuk 'MCA's Liong Sik joins call for Najib's ouster for allegedly putting people's money in his own pocket'.

Kadir berkata, terdapat "alasan kukuh" apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O'Hara menasihati pihak-pihak bertelagah dirujuk kepada mediasi.

"Mahkamah mesti telah melihat dan mengkaji hujah-hujah yang dikemukakan oleh Najib dan Ling, dan mungkin mempunyai idea bagaimana keputusan itu akan dicapai.

"Mungkin mahkamah cuba mengelakkan rasa malu yang amat besar kepada salah satu pihak sekiranya perbicaraan diteruskan dan keputusan penghakiman dibuat?

"Siapa bakal malu besar - Najib atau Ling" soal bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS