mk-logo
Berita
Tandas sekolah kena 30sen dapat perhatian menteri
Diterbitkan:  Jan 15, 2016 9:55 AM
Dikemaskini: 10:00 AM

Langkah sebuah sekolah mahu mengenakan bayaran 30sen untuk penggunaan tandas mendapat perhatian Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Dalam perhatian pengarah JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) Pulau Pinang untuk tindakan susulan,” katanya di Facebook hari ini.

Mahdzir juga berkongsi sebuah status di Facebook yang menyebut Sekolah Menengah Kebangsaan St George di Pualau Pinang bakal mengenakan bayaran 30sen sekali masuk.

Idea itu dikatakan dibuat oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta alumni sekolah tersohor itu.

"Kementerian Pendidikan Malaysia, JPN, PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) masuk campur isu ini kerana sebagaimana kita tahu, semua sekolah ada kontrak pencucian kawasan, termasuk tandas yang telah dibayar kerajaan BN yang tercinta kepada kontraktor," menurut status di Facebook Penang Kini.

Dalam perhatian Pengarah JPN Pulau Pinang untuk tindakan susulan.

Posted by Dato' Seri Mahdzir Khalid on Thursday, January 14, 2016

Bagaimanapun, seorang guru sekolah itu Razuan Ibrahim mempertahankan tindakan itu dengan berkata pelajar mempunyai pilihan tandas percuma.

Dalam siri komen di Facebook, beliau menulis, pelajar hanya perlu membayar jika mahu menggunakan tandas berbayar yang lebih bersih.

Beliau berkata langkah itu adalah penyelesaian terakhir jika sikap pelajar menggunakan tandas tidak berubah.

Razuan berkata bukan hanya pelajar tetapi berkata guru-guru juga harus membayar untuk perkhidmatan tandas lebih bersih itu.

Beliau bagaimanapun berkata perkara itu tidak diteruskan selepas mendapat tentangan JPN.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini