Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahathir imbas kenangan bersama Tun Razak
Diterbitkan:  Jan 18, 2016 1:00 PM
Dikemaskini: 5:12 AM

Walaupun kuat mengkritik Datuk Seri Najib, Tun Dr Mahthir Mohamad sebenarnya amat menghormati bapa beliau Tun Abdul Razak Hussein.

Mahathir hari ini menulis artikel khas berkaitan perdana menteri kedua itu dalam blognya, selepas 40 tahun Bapa Pembangunan itu meninggal dunia.

“Alangkah sedihnya beliau diambil daripada kita amat cepat,” tulis Mahathir.

Beliau dalam tulisan itu memuji jasa-jasa Tun Razak membangunkan negara, terutamanya melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Sementara itu, mengulas hubungan peribadinya dengan Tun Razak pula, Mahathir ( gambar ) mengenang bagaimana Tun Razak menerima beliau kembali ke pangkuan Umno.

“Saya pernah dipecat daripada Umno dan orang yang dipecat sebelum saya tidak pernah kembali. Karier politik mereka rosak.

“Tetapi beliau bukan sahaja benarkan saya kembali ke pangkuan Umno, malah melantik saya sebagai menteri penuh,” kata Mahathir.

Langkah itu, katanya lagi, menyebabkan ramai pihak tidak berpuas hati dengan tindakan allahyarham.

Mahathir juga berkata Tun Razak juga bercakap perkara-perkara baik berkaitannya kepada penggantinya Tun Hussein Onn, yang seterusnya memberi peluang kepada karier politik Mahathir.

Mahathir sendiri berkata pada masa itu beliau merasakan perjalanan politiknya akan tamat setakat itu sahaja.

Lihat Komen
ADS