Penunggang motosikal mati langgar belakang lori
Diterbitkan: Jan 19, 2016 1:15 PM | Dikemas kini: Jan 19, 2016 1:17 PM
Seorang lelaki terbunuh selepas motosikal ditunggangnya melanggar belakang sebuah lori di Jalan Persiaran Forest Height 1 kira-kira 8.10 pagi ini.
Lee Meng Foo, 38, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan, kata Ketua Polis daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun.
"Akibat pelanggaran itu menyebabkan Lee jatuh di pertengahan jalan dan maut di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban untuk bedah siasat.
- Bernama

